Cuka dan Petua.




Jika kita membiarkan sesuatu masalah itu berlalu begitu saja tanpa sebarang tindakan susulan, tentunya kurang bijak. Setiap masalah biarpun kecil perlu ditangani segera. Barulah kita dapat hidup bebas dan selesa.

Sebenarnya banyak yang kita tidak tahu, sekiranya kita insafi dan kita kaji. Umpamanya masalah penyakit-penyakit ringan yang dihadapi, sebenarnya masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah diperingkat awal di rumah.

Untuk menjadi seorang wanita yang ideal bukan satu tugas yang mudah, banyak perkara yang harus dipelajari dan banyak petua yang harus diikuti.

Suka atau tidak, setiap wanita menginginkan kerja rumah yang beres dan tidak membuang masa. 

Dari dapur kebilik tidur ada-ada saja yang memeningkan. Walaupun nampak mudah, seandainya tidak diuruskan dengan cara yang sesuai berkemungkinan hasilnya tidak mencapai tahap yang diharap-harapkan.

Petua di rumah dan jika diamalkan dengan petua-petua yang lain dapat memberi kita panduan berguna disamping menjimatkan dan wang ringgit dan masa.

Hari ni saya nak berceloteh pasal cuka yang sering kita guna dalam masakan tu. Selain sebagai satu lagi rencah dalam hidangan seperti acar, jeruk dan sebagainya cuka juga boleh digunakan dalam mencuci segalanya dalam rumah kita. Kalau dibuat campuran dengan lain-lain bahan seperti garam, ianya merupakan bahan pencuci terbaik dan selamat.

Petua kali ini walaupun nampak ringkas dan mudah, tetapi ianya sangat berkesan. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana bahan yang diperlukan hanyalah cuka makan yang biasa (white distilled vinegar) Harganya juga murah and mudah diperolehi di mana-mana kedai runcit. 



Cuka sememangnya mempunyai tahap keasidan yang sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria, kuman, gris dan minyak.

Berikut adalah sebahagian daripada contoh-contoh yang boleh diamalkan. Sesetengah maklumat diperolehi dan dimuaturun dari blog-blog yang sewaktu dengannya.

1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar garam dan 1 sudu kecil cuka.


2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.



5. Cuci Microwave oven
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.



6. Mersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.

7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.



8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.

9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.



10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.



11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.

12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.

13. Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’
Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas.



14. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.

15. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.



16. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.

17. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.

18. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.



19. Untuk menyegarkan bilik air
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.

20. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet
Campurkan 2 sudu kecil cuka, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya. (Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain).

21. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.)
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

22. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.

23. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.



24. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.



25. Menghindarkan semut
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut. Caranya dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita, seperti daun-daun, buah-buahan, asam, garam, cuka, cili, bawang, tepung dan sebagainya. Disebabkan kurang arif, kita kadang-kadang jadi panik dan risau tak menentu bila ditimpa sesuatu masalah atau penyakit.



Kita akan bincangkan lagi lebih banyak petua-petua berkaitan dengan kebaikan cuka di episod yang akan datang. 

Oh ya bagi sesiapa yang berminat cuka epal (apple cider vinegar Kemal Kukrer dari Turki) boleh hubungi saya samada melalui whatsapp/pm 019-2157166. Harga sebotol RM25. Poslaju RM10.

Jika suka post ini, sila Like kami di FB http://facebook.com/doktorgajet 

eBook Percuma

Sebagai menghargai sokongan yang berterusan dari orang ramai, saya hadiahkan eBook ini secara percuma. Dapatkannya sekarang...




eBook ini sedang hangat di pasaran sekarang. Ianya diolah secara santai dan mendedahkan bagaimana penulis berubah daripada hidup biasa biasa kepada hidup yang luar biasa selain menceritakan bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan.

"Saya berharap agar anda dapat membaca eBook ini sehingga habis. Ini kerana terlalu banyak tips dan perkongsian pengalaman yang telah saya tulis didalam eBook ini. Saya mendoakan agar ia menjadi pembuka jalan untuk lebih ramai lagi yang berjaya. Berjaya dalam kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat."


Jom sebarkan ilmu! Kongsi dengan rakan-rakan 

KLIK IMEJ DI BAWAH



Cuka Epal @ Apple Cider


Agak lama saya tidak update blog ini. Banyak telah diperkatakan tentang cuka epal ini sebenarnya. Untuk kali ini saya hanya ingin membuat sedikit rumusan tentang kebaikan Cuka Epal atau Apple Cider. 

Samada suka atau tidak, kita perlu menukar corak pemakanan dan minuman bila usia kian berganjak. Minuman yang bergula perlu dihindar. Begitu jaga dengan makanan yang berlemak.

Kenapa tidak beralih kepada Cuka epal (atau lebih dikenali apple cider). Cuka epal ialah makanan sunnah dan sangat elok di minum setiap hari. Rasulullah pun mengamalkannya.

Apa yang saya fahami, Rasulullah S.A.W pernah menyebut tentang cuka ini. Baginda pernah bersabda pada salah seorang sahabat, ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318). 

Antara petua yang pernah diamal:

Bagi menghilangkan kelemumur
Campur 1 sudu untuk sukatan 1 cawan air , gunakan untuk bilasan terakhir selepas menggunakan syampu dan kemudian bilas, lakukan 2 kali seminggu.

Untuk turunkan berat badan
Campur 2 sudu cuka bersama air 3 kali sehari sebelum makan.

Untuk merawat jerawat
Selain diminum, boleh dijadikan sebagai toner, biarkan 10 minit kemudian  bilas. Lakukan 3 kali sehari.

Untuk menghilangkan selulit
Sapukan di tempat bermasalah, lakukan urutan 2 kali sehari.

Yang baiknya vitamin B6 dan lesitin yang terdapat dalam cuka epal mampu membantu menurunkan berat badan dengan mempercepatkan metabolisme dan membakar lemak pada lebih cepat.

Dikatakan cuka epal sangat membantu dalam penyakit seperti sembelit, sakit kepala, arthritis, tulang lemah, gangguan pencernaan, kolesterol tinggi, mata sakit, penyakit lelah yang kronik, keracunan makanan ringan, keguguran rambut, tekanan darah tinggi dan obesiti.


Selamat mencuba




Tangani Jerawat Dengan Cuka Epal!



"semasa saya praktikal di UPM saya dapat info dari saudara saya kononya minum cuka epal mampu membuatkan berat badan kite turun.. 

saya pun excited nak cube tapi yang bestnya.. jerawat xnaik, dan jerawat yang tumbuh mula susut saya buat research melalui google menyatakan memang elok untuk jerawat..saya siap apply buat tonner lagi..

tapi kene tahan dengan bau nye yang tajam.. boleh pedih hidung menahan bau kalau sapu kat muka. malahan abang ipar yang ada gaot pon akan minum cuka epal ni kalau simpton2 gaot mula bermaharajalela.. xsampai sehari terus hilang rasa sakit... dahsyat kan?"

credit : http://demoktemok.blogspot.com/

Mari Berkenalan dengan Cuka Epal!


 Cuka Epal Kemal Kukrer tanpa MaduRM25 (500 ml)
Cuka Epal Kemal Kukrer tanpa MaduRM25 (500 ml)

Cuka Epal Kemal Kukrer dengan MaduRM25 (500 ml)

Berdasarkan kajian klinikal apple vinegar atau cuka epal mengandungi berbagai vitamin penting, beta-carotin, pectin dan mineral terpenting seperti potasium, sodium, magnesium, kalsium, phosphorous, chlorine, belerang, besi dan fluorine.

Kencing Manis : Kesan cuka epal keatas tahap gula dalam darah merupakan satu kejayaan yang membanggakan ahli sains dalam kajian yang mereka jalankan. Hasilnya menjanjikan kebaikan kesihatan terpenting pada tubuh. 

Kajian juga menunjukkan cuka berupaya mengurangkan tahap glukosa dalam badan.

Kolesterol : Cuka berupaya mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Darah Tinggi dan masaalah jantung: Cuka juga membantu merendahkan tekanan darah tinggi. 

Kanser : Cuka epal berkesan sebagai ejen membunuh sel kanser atau melambatkan pertumbuhan sel dalam badan

Menurunkan Berat Badan : Sejak beratus tahun yang lampau, cuka telah digunakan bagi mengurangkan berat badan. Penggunaan cuka epal mengikut sukatan membolehkan kita sentiasa terasa kenyang.  


Keratan Akhbar




Jangan lupa minum cuka epal Kemal Kukrer 
sebelum tidur ya!

Dapatkan sebotol hari ini juga !!!!

 Cuka Epal Kukrer

Cuka Epal Rawat Tekanan Darah


Kajian klinikal membuktikan Asid Asetik yang terdapat didalam cuka epal amat berkesan bagi:



mengurangkan tekanan darah tinggi,  

menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah

penggunaan berterusan bisa membuat tekanan darah menjadi normal





Jadi bertindaklah sekarang! Anda mampu mengubahnya!!!


Harga sebotol cuma RM25 sahaja (500 ml). Pos Semenanjung RM9.00/SS M12.00
Tel/ Whatsapp +60192157166 atau +601128394911




Khasiat Cuka Epal



Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).


Antara khasiat Cuka Epal ialah:

Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.



Cuka epal ini sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah.

Cuka epal yang bermutu tinggi dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:

Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).
Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).
Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.
Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di dalam botol.






Cara Pemakanan Cuka Epal




Campurkan 2 sudu Cuka Epal dengan 1 sudu atau 2 sudu madu.  Sebenarnya tak perlu, kerana Cuka Epal Kemal Kukrer telahpun diadun dengan madu.

Selepas itu campurkan dengan segelas air. Seeloknya gunakan air suam untuk kesan yang cepat.

Cuka Epal ini elok diminum sebelum sarapan pagi ataupun waktu malam sebelum tidur.

Sebotol Cuka Epal Kemal Kukrer berisi 500ml dijual pada harga RM25.00. Tentunya produk original.

Bayaran pos untuk penghantaran  RM9.00 untuk Semenanjung dan RM12.00 bagi Sabah & Sarawak