Agak lama saya tidak update blog ini. Banyak telah diperkatakan
tentang cuka epal ini sebenarnya. Untuk kali ini saya hanya ingin membuat
sedikit rumusan tentang kebaikan Cuka Epal atau Apple Cider.
Samada suka atau tidak, kita perlu menukar corak pemakanan
dan minuman bila usia kian berganjak. Minuman yang bergula perlu dihindar.
Begitu jaga dengan makanan yang berlemak.
Kenapa tidak beralih kepada Cuka epal (atau lebih dikenali apple
cider). Cuka epal ialah makanan sunnah dan sangat elok di minum setiap hari.
Rasulullah pun mengamalkannya.
Apa yang saya fahami, Rasulullah S.A.W pernah menyebut tentang
cuka ini. Baginda pernah bersabda pada salah seorang sahabat, ” Sebaik-baik
hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL
adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam
suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).
Antara petua yang pernah diamal:
Campur 1 sudu untuk sukatan 1 cawan air , gunakan untuk bilasan
terakhir selepas menggunakan syampu dan kemudian bilas, lakukan 2 kali
seminggu.
Campur 2 sudu cuka bersama air 3 kali sehari sebelum makan.
Selain diminum, boleh dijadikan sebagai toner, biarkan 10 minit
kemudian bilas. Lakukan 3 kali sehari.
Sapukan di tempat bermasalah, lakukan urutan 2 kali sehari.
Yang baiknya vitamin B6 dan lesitin yang terdapat dalam cuka epal
mampu membantu menurunkan berat badan dengan mempercepatkan metabolisme dan
membakar lemak pada lebih cepat.
Dikatakan cuka epal sangat membantu dalam penyakit seperti
sembelit, sakit kepala, arthritis, tulang lemah, gangguan pencernaan, kolesterol
tinggi, mata sakit, penyakit lelah yang kronik, keracunan makanan ringan,
keguguran rambut, tekanan darah tinggi dan obesiti.